Entah apa yang telah merasuk rejim zionis, ana pn sudah letih memikirkannya. Tatkala diari tahun baru mula menampakkan lembaran barunya, tatkala itulah peluru-peluru zionis tidak segan silu berpesta di bumi Palestina.
Aduhai…
Himpunan berita yang sungguh pahit untuk ditelan.
Aduhai Palestina..
Gaza Makin Tenat !!
Rabu ,31/12/2008 -Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi."
Serangan habis-habisan ke atas Gaza.
Jumaat ,02/01/2009 -Tentera udara rejim Zionis pada petang Khamis, telah mengebom rumah Dr Nizar Al-Rayyan, menyebabkan beliau dan 15 ahli keluarga beliau terbunuh
Rejim Zionis menyerang lagi Gaza.
Sabtu ,03/01/2009 -Untuk hari ketujuh, tentera udara rejim Zionis terus menggempur Semenanjung Gaza. Sumber-sumber Palestin melaporkan jet rejim Zionis telah mengsasarkan beberapa kediaman penduduk Palestin di beberapa bahagian Semenanjung Gaza. Antara sasaran ialah bengkel-bengkel, sekolah tempatan dan kenderaan awam."
(lagi berita di Palestinkini.info)
andai kupunya daya untuk solat seperti mereka
entah mengapa kuharus sujud pada kaki penceroboh ini?
apakah hanya solat jenazah sahaja yang layak bagiku?
No comments:
Post a Comment