Monday, December 29, 2008

.:Selamat.Tahun.Baru.
Hijrah :.

bermulanya tahun baru Hijrah 1430, sebagai umat Islam kehadiran tahun baru Hijrah ini hendaklah kita sebagai seorang Muslim menyambut kedatangannya dengan doa, azam untuk membaiki diri, keluarga dan masyarakat kearah yang lebih baik dari tahun sebelumnya agar kehidupan masyarakat di dunia ini hidup dalam keadaan yang lebih aman dan tenang serta keamanan menjadi satu kepastian.


Setelah satu ribu empat ratus dua puluh sembilan tahun Nabi Muhamad S.A.W berhijrah dari Makkah ke Madinah, rata-rata umat Islam di seluruh dunia ini masih lagi berada dalam keadaan, sebahagiannya hidup aman, sebahagian hidup dalam ketakutan akibat dijajah atau peperangan. Namun apa yang kita harapkan semoga kehadiran tahun baru Hijrah 1430 ini, ianya akan memberi ruang baru untuk terus menikmati keamanan dan kesejahteraan buat umat Islam dan masyarakat dunia amnya. Kerana kita yakin bahawa sinar mentari akan sentiasa bersinar walaupun sekali sekala hujan turun membasahi bumi lantas menghilangkan pandangan mentari, yang pasti cahaya mentari tetap bersinar.


Hijrah adalah peristiwa yang besar dalam Islam, oleh itu marilah sama-sama menghayatinya agar membawa perubahan yang besar pada diri sendiri kearah yang lebih baik. Hijrah adalah satu permulaan kearah kehidupan yang murni. Bukan sahaja perubahan kebendaan malah dari segi pemikiran bagi membina minda yang positif dan cemerlang. Hari ini bangsa kita sudah sampai ke angkasa lepas, lantas kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang tetapi mesti melihat ke depan, yang pasti membawa kebaikan untuk semua.


Maka kehadiran Tahun Baru Hijrah 1430pasti membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada semua manusia di muka bumi ini. Untuk itu marilah kita sama-sama membaca doa awal tahun ini selepas solat maghrib nanti semoga tuhan merahmati kita semua dan kehidupan di dunia ini pasti akan kembali menjadi aman dan tenang dalam mencapai kesejahteraan hidup.


Bismillahiramanirahim,
” Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang Maha Agong dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu perlindungan dari syaitan yang direjam, daripada konconya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu. Amin”

No comments: