Monday, August 24, 2009


Ketahuilah ~ Wahai saudaraku yg sgt berminat dan mempunyai perhatian dlm mencari ilmu, yg telah menunjukkan cita-cita yg tinggi dan rasa yg sgt dahaga terhadap ilmu pengetahuan ~ seandainya engkau berniat dgn mencari ilmu ini utk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan2 dan utk menarik perhatian org ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu utk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yg mengajarmu adalah dikira menolongmu dlm membuat maksiat dan dia juga akan merasakan kerugian. Ketika ini guru yg mengajarmu itu laksana seorang yg menjual pedang kepada perompak.

Dan jikalau niatmu dlm mencari ilmu itu utk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata utk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat sedang mendoakan utkmu. Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada bidayah(permulaan) dan ada pula nidayah(kesudahan). Semulia-mulia pengakhiran adalah husnul khatimah.

No comments: